BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 29, 2011

bace bace !


YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN
ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH
JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI
PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI
MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN
TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN
RINDU PULA JADINYA.
Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah.
Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi
perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani
untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.
Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam
apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa
dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina
hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.
Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang
kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci
seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.
“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit
selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun
ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.”
Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan
nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan
nafas dan menjamin bahagia.
Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.
Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai
orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.
- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain.
Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-
kenangkannya.
- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-
kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk
orang lain.
- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.

0 comments:

Pages

Powered by Blogger.